KESAKSIAN GHAZALI

Assalamualaikum wrm wbrkt.

Nama saya Ghazali, saya seorang Melayu, dilahirkan dalam keluarga Islam dan mempunyai beberapa orang adik-bearadik. Izinkanlah saya berkongsi dengan anda kisah benar mengenai kehidupan saya, saya yakin usul disebalik kisah benar saya ini akan membawa kesan yang ketara bagi hidup anda sendiri bagi dunia ini dan juga di akhirat nanti. Terima kasih atas perhatian anda yang ikhlas itu, saudaraku yang budiman! Sedikit tentang latar-belakang saya. Ibu-bapa saya kedua-duanya pengikut Islam yang setia dan boleh dikira sebagai mukmin. Ayah saya sangat bergiat dalam pergerakan masjid di daerah kami dan ilmu keislamannya juga digagumi ramai di antara masyarakat kami. Pada hari ini juga dia masih sandang keahliannya dalam jawatan kuasa (komite) masjid dan pembangunan masjid di sini.

Saya masih ingat pengajarannya tentang keagamaan Islam, pendidikan dan pengajian al-Quran yang diberikan kepada saya sejak saya masih budak lagi. Saya telah pun bertekad dan berazam untuk mencontohinya dan ibu saya dalam iman mereka, oleh kerana kedua-dua mereka merupakan teladan keislaman yang sangat bagus bagi anak-anak mereka.

Akan tetapi, walaupun latar-belakang saya begitu, saya telah menghadapi macam-macam godaan dan pencubaan yang telah mencuba dan menguji keimanan saya dalam nilai-nilai keislaman yang telah diterapkan pada saya sejak kecil lagi. Dan pengalaman-pengalaman tersebut telah saya harungi sejak umur yang muda lagi!

Sebagai contoh, saya telah rasai pengalaman menghisap rokok apabila saya hanya berumur lapan tahun. Melalui sahabat-sahabat saya dan juga saudara-mara saya, saya telah memberanikan diri untuk mencuba rokok saya yang pertama pada umur 8 tahun! Ini telah membuka pintu kepada satu tabiat merokok dan juga kepada perangai buruk yang lain yang telah mengatasi segala-gala azam dan ikhtiar saya untuk menjadi seorang Islam yang mukmin serta membuktikan kepada saya ketidak- upayaan Islam bagi menangani ketagihan-ketagihan buruk manusia yang merantai, membelenggu dan menumbangkan jiwa dan raga manusia ke dalam lembah pahit dan kedosaan.

Walaupun saya tahu merokok pada umur lapan tahun itu adalah salah, sikap saya tidak ambil kisah suara hati saya itu dan tetap mahu mencuba pengalaman yang lebih seronok daripada itu! Pada mula-mulanya, saya ada cuba untuk berusaha berdoa, berzikir, berdisiplin dan berilmu secara Islam untuk mengatasi perangai-perangai yang buruk itu, tetapi semua daya dan usaha kerohanian tersebut tidak dapat menolong saya berubah. Sudah empat tahun berlalu dan saya sudah rasa bosan dengan merokok! Saya seorang murid yang cukup bijak dan pintar di sekolah pula. Pelajaran saya pada saat itu boleh dikatakan membanggakan dan saya juga telah mendalami pengajian Islam saya. Tetapi semua itu masih tidak dapat membawa kesan dan pengaruh yang cukup kuat atau positif dalam hidup saya dan telah gagal membentukkan sifat-sifat saya sebagai seorang Islam yang mukmin..

Sepertimana saya telah berceritra di atas, saya sudah rasa bosan dengan rokok biasa, dan setelah mencapai umur dua-belas tahun, saya telah menjadi lebih berani dan mengalami rasa yang lebih serius daripada itu-yaitu dadah. Pada umur saya 12 tahun, saya telah merasai madat ganja dan juga jenis dadah yang lain buat pertama kalinya dalam hidup saya!

Godaan mahu mencuba “fix” (dadah) yang lebih hebat lagi telah menyebabkan saya jauh lebih berani mahu mencari macam-macam pengalaman baru dan yang lebih seronok melalui dadah serta “cocktail-cocktail” dadah yang lebih canggih dan sophisticated lagi. Akibatnya, saya telah betul-betul jatuh ke dalam lembah maksiat dadah dan menjadi ketagih kepada dadah bila umur saya hanya empat-belas tahun!

Tidak lama kemudian saya telah berjaya mendapat tempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk melanjutkan pendidikan saya. Ini pula telah membuat kedua-dua orang tua saya sangat gembira dan bangga dan puas hati. Tetapi mereka masih belum tahu keadaan saya dengan ketagihan saya kepada dadah itu, termasuk pergantungan saya kepada dadah yang semakin kuat mendadak.

Lebih kurang pada waktu itu juga, saya telah menjadi anggota kongsi gelap atau gang.Selain daripada identiti baru dengan gang itu, saya telah bersama-sama dengan member-member gang saya telah berseronok dengan ketagihan dadah kami sepuas-puasnya! Tetapi apabila sudah kehabisan ‘madat‘ kami itu, kami pun menjadi semakin terdesak untuk membekalkan ketagihan itu. Saya pun terpaksalah mencari sumber wang untuk membeli najis dadah itu, yang pada waktu itu sudah menjadi sebahagian daripada saya. Saya telah terpaksa melakukan jenayah untuk memperolehi ‘dana’ bagi ketagihan daha itu. Saya telah mencuri, mengugut, menjual dadah dan macam-macam lagi supaya boleh dapat wang untuk membeli dadah itu..!

Hidup saya seronok, asalkan ada ‘madat’ tersebut untuk menghidupkan kewujudan saya. Tetapi apabila ia sudah kehabisan, menjadi seolah-olah suatu kehidupan di neraka, walau pun di dalam dunia ini. Akibatnya, saya terpaksa disingkir dari sekolah kerana sudah kehilangan kerelaan untuk belajar lagi, lagi pun saya terlalu terlibat di dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap dan telah ditangkap oleh polis beberapa kali di atas jenayah yang telah saya lakukan.

Harapan ibu-bapa saya untuk melihat anak lelaki mereka lulus peperiksaan SPMnya telah pun hancur berkecai. Saya telah gagal Ujian SPM saya dan telah pun meninggalkan rumah mereka oleh kerana membawa malu dan banyak kali telah menjatuhkan air muka orang-tua saya. Saya pun telah menumpang dengan anggota gang saya yang telah kasihani saya atas keadaan saya.

Dalam keadaan begitu, terdesak dan tidak mempunyai duit, saya terpaksa melakukan lebih banyak kegiatan-kegiatan jenayah lagi, untuk menyumbang kepada keperluan gang saya itu dan juga untuk membekalkan sumber dadah yang mencukupi bagi memuaskan ketagihan saya itu yang sentiasa ‘kehausan’ dan tidak tahu reda. Sesudah beberapa tahun bersaudara dengan member-member gang saya itu, saya juga telah melihat bagaimana satu persatu, ketagihan dadah yang laknat itu telah meragut nyawa mereka. Hakikat itu sangat mengerunkan dan saya pun merasa terperangkap dalam jerat yang tidak ternampak jalan keluarnya.

Lebih daripada itu, kesihatan saya telah mulai merosot akibat keadaan yang serba kekurangan dan kurang bersih dikeliling saya. Rumah saya pun bukanlah rumah yang biasa, tetapi kerap kali hanya tempat teduh yang ada di jalanan sahaja.Atau pun rumah yang buruk yang telah diabaikan oleh penghuni-penghuninya dahulu.

Saya kira sudah lebih daripada lima-belas kali saya telah keluar-masuk dari Pusat-pusat Serenti (‘Pemulihan’), Penjara, Lokap dan juga sudah biasa dengan menghadapi Hakim di Mahkamah. Di Pusat-pusat Pemulihan saya terpaksa menjalani program pemulihan ala Islam. Macam-macam kaedah pemulihan dan cara-cara rawatan Islam telah saya menjalani! Di sana, pegawai-pegawai tersebut telah membawa Pak Haji ‘pakar’, Ustaz-ustaz, dan juga ulamak Islam untuk merawat, mengubati, kaunseling, menasihati dan macam-macam latihan bagi saya supaya menghilangkan ketagihan dadah itu.

Tetapi semua rawatan dan perubatan kaedah-kaedah Islam selama lebih setahun setengah itu (diambil keseluruhannya) telah gagal! Saya tidak dapat menghilangkan, mengurangkan atau mengatasi masalah itu walau pun dengan pertolongan pakar-pakar Islam dalam bidang tersebut. Oleh sebab itu, saya telah kehilangan kepercayaan dan keyakinan saya dalam kaedah-kaedah keislaman tersebut. Pada waktu itu, saya telah berputus untuk melarikan diri dari pusat pemulihan itu.

Saya telah sedari kekhuatiran serta keraguan besar saya terhadap agama Islam dan dalam usulnya sebagai ‘nikmat dan rahmat kepada manusia’ setelah mengalami kekecewaan serta kegagalan besarnya dalam kehidupan saya sendiri.Walau pun telah cuba dirawat oleh pakar-pakar Muslim di pusat-pusat kendalian Islam sendiri, tetapi itu semua tidak berhasil langsung. Dari situ, fikiran saya pun bermulalah mengacu kepada agama-agama yang lain, seperti Buddha dan Kristian-apakah kekurangannya dengan agama-agama ini, disamping timbulnya lebih kekecewaan atas ketidakpastian jawaban-jawaban janggal yang diutarakan oleh agama Islam.

Pada suatu hari, saya telah memperolehi sebuah Kitab Injil dari seorang sahabat saya. Oleh kerana saya tidak pernah membaca Alkitab atau Injil sehingga saat itu, saya pun buka membacanya mula-mula mengenai kehidupan Sayidina Isa A.S. Saya terkagum sekali dengan hasilnya, kerana kehidupan, pelayanan dan pengajaran Baginda di dalam Injil jauh lebih terperinci, luarbiasa dan lebih lengkap lagi daripada apa yang disebutkan oleh al-Quran!

Selain daripada mengenal pelayanan sayidina Isa mengajar melalui banyak ibarat-ibarat, di Kitab Injil saya dapat mengetahui Sayidina Isa al-Masih itu telah menggelarkan dirinya dengan banyak gelaran-gelaran sekali. Gelar-gelar tersebut adalah sangat menarik sekali!

Sayidina Rabbani Isa telah bersabda seperti berikut:

“Jika kamu tidak percaya ketika Aku berbicara tentang perkara-perkara duniawi, bagaimanakah kamu dapat percaya jika Aku berbicara tentang perkara-perkara syurgawi? Belum pernah ada seorang pun yang naik ke Syurga selain Dia yang telah turun dari Syurga – yaitu Anak Manusia [yakni, Sayidina Isa].Yahya 3:12-13

Di sini jelas sekali Sayidina Isa a.s. mengakui bahawa Bagindalah satu-satunya yang berasal dari Syurga kerana sebelumnya itu, tiada sesiapa pun yang pernah turun dari Syurga. Setelah Baginda melakukan mukjizat memberikan makanan luarbiasa kepada beribu-ribu orang pengikutnya dengan hanya beberapa keping roti dan ikan, Baginda telah bersabda:

“Sesungguhnya Aku bersabda kepadamu, bukan Nabi Musa yang telah memberi kamu roti (mukjizat) dari syurga itu, melainkan Bapa-Ku yang telah memberikan kepadamu roti yang sesungguhnya dari syurga. Kerana Roti yang berasal dari Allah adalah DIA YANG TELAH TURUN DARI SYURGA DAN YANG MEMBERI HIDUP KEPADA DUNIA.” Lalu kata mereka kepada-Nya, ‘Ya Tuanku, berilah kami roti itu senantiasa.’ Sabda Isa kepada mereka, AKULAH ROTI HIDUP ITU. Barangsiapa datang kepada-Ku, dia tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepada-Ku, dia tidak akan haus lagi.

Selain gelar “Roti Hidup’ itu, Sayidina Rabbani Isa juga bergelar ‘Terang Dunia’. Seperti jelas dapat dilihat oleh perakuan Baginda dalam Injil Yahya:

Akulah TERANG DUNIA. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan akan mempunyai terang hidup”. Yahya 8 : 12

Sayidina Isa juga telah mendedahkan bahawa baginda telah wujud sebelum nabi-nabi lain seperti Nabi Ibrahim! Apabila telah ditanyakan oleh beberapa pemimpin Israil, baginda telah menjawab seperti :

Kemudian kata para pemimpin Israil kepada-Nya, “Umur-Mu belum mencapai lima puluh tahun, tetapi Engkau sudah melihat Nabi Ibrahim?” Sabda Isa al-Masih kepada mereka: “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, sebelum Nabi Ibrahim ada, AKU SUDAH ADA (wujud).” Lalu mereka semua memungut batu hendak merejam Baginda, tetapi Sayidina Isa telah keluar dari Bait Allah. Yahya 8: 57-59.

Gelaran-gelaran dan perakuan Sayidina Isa al-Masih adalah sangat luarbiasa sekali. Baginda bukan saja melakukan mukjizat-mukjizat yang banyak dan luarbiasa; seperti menyembuhkan orang-orang sakit dan menghidupkan mereka yang mati – lebih daripada mana-mana Nabi yang lain, tetapi pengakuan Baginda juga menyerlahkan kedudukanNya yang unik dan teristimewa, jauh lebih daripada mana-mana nabi yang lain! Saudara-saudari Muslimku yang budiman, bacalah Kitab Suci Injil dengan minda dan hati yang ikhlas dan terbuka untuk telaah semua perkara di atas dan kenallah siapakah Sayidina Isa dengan sebenar!

Setelah saya mengenali keunikan dan kuasa Sayidina Isa al-Masih itu, saya telah pun berdoa untuk disembuhkan daripada penyakit-penyakit saya yang berakibat dari ketagihan dadah saya itu. Kerana apabila saya telah masuk-keluar dari pusat-pusat Serenti dan pusat-pusat pemulihan Islam itu, berat badan saya telah susut sebanyak 65%! Dan boleh dikira sebagai ‘cicak kobin’ atau ‘bangkai bernyawa’.

Saya pun telah berdoa kepada Allah ta’ala supaya kuasa dan keajaiban Sayidina Isa al-Masih yang begitu hebat berkuasa menyembuh orang-orang sakit dan menghalau iblis & syaitan daripada mereka yang dirasuki dahulu, juga berlaku untuk diri saya hari ini.

Setelah saya berdoa dan berpuasa begitu, Tuhan Allah telah menyembuhkan saya! Alhamdulillah! Dan segala Pujian dan kemuliaan kepada-Nya! Sahabat-sahabat saya sungguh kagum dan terkejut melihat saya selepas itu! Dengan pertolongan mereka, saya dapat memakan dengan biasa dan penghadaman saya pun kembali normal. Sejauh ini, cara-cara rawatan dan perubatan Islam semua telah gagal memulihkan saya. Bahkan, ketagihan kepada dadah itu kian mendadak pula!

Tetapi kini, sesudah menerima dan menikmati penyembuhan dan mukjizat kuasa Allah lewat Sayidina Isa al-Masih, tubuh badan saya sudah pun berespons dengan begitu baik kepada ubat-ubatan dan sudah pulih seperi sediakala. Dan lebih penting dan utama lagi, ketagihan kepada najis dadah itu sudah pun hancur berkecai dan tidak mengikat atau membelenggu saya lagi. Hallelujah, Alhamdulillah!Saya tidak pernah merasai dadah, malah merokok pun tidak, sejak saat saya telah memutuskan untuk memeluk ajaran Sayidina Isa A.M.dan mengikuti-Nya dengan segenap hati dan jiwa saya.

Kini, kedua-dua orang tua saya telah menerima saya dengan hati yang terbuka, kerana dulu, anak lelaki mereka telah bagaikan seperti sudah mati. Tetapi sekarang, anak yang mati itu sudah pun hidup kembali, begitulah tanggapan mereka pada saya sekarang. Ini pula sangat mirip dengan Ibarat Anak lelaki yang derhaka yang telah diajari Sayidina Isa al-Masih di dalam Kitab Suci Injil, Lukas 15 ayat 11 sehingga ayat 24. Sekarang anak mereka sudah berubah dan kembali menjadi jauh lebih berguna dan berharga berbanding dengan keadaan dahulunya!

Saya mengundang sesiapa yang dibelenggui oleh ketagihan dadah dan ketagihan-ketagihan tidak sihat yang lain, untuk berdoalah kepada Tuhan Allah demi nama Sayidina Rabbani Isa al-Masih, yakinilah pada kuasa Baginda untuk menyembuh dan memulihkan anda. Dia akan melepaskan anda sebagaimana saya sendiri telah dilepaskan dan dipulihkan.Pengorbanan Baginda di atas Salib juga telah menebus diri saya daripada segala dosa-dosa yang saya telah lakukan sejauh ini.

Bagi saya, ini adalah bukti dan dalil kuat bahawa hanya Sayidina Isalah yang mampu melepaskan sesiapa pun daripada belenggu dan kongkongan najis dadah serta kuasa pengaruh dosa yang melarat kepada semua manusia yang ada di dunia ini! Saya dan saudara-saudara saya yang dulunya beragama Islam sudah benar-benar yakin tidak ada jalan yang lain menuju kepada kehidupan kesejahteraan di dunia dan di akhirat selain daripada “Jalan, Kehidupan dan Kebenaran” yakni melalui Sayidina Isa al-Masih sendiri, sesuai dengan firman baginda dalam Yahya 14 ayat 6.

Bagi kami, agama Islam bukanlah agama yang benar atau ‘Jalan yang Lurus’ (Surah 1/6) itu. Kami tidak dapat menerimanya lagi sebagai suatu ‘rahmat kepada dunia’ konon. Saya sendiri berasal daripada agama Islam dan telah mengalami sistemnya sejak kecil lagi, tetapi semakin saya telah mendalaminya, semakin banyak dan ketara lagi kecurigaan, keraguan dan kemusykilan telah kami temui dan harungi!

Misalnya, Surah 9 ayat 5 mengarahkan umat Islam bertindak kejam dan zalim seperti berikut:

“Hendaklah (orang-orang Muslim) PERANGI (Bunuhlah) ORANG-ORANG MUSYRIK dimana kamu jumpai (mereka) dan hendaklah (kamu) mengambil mereka itu menjadi tawanan, dan kepunglah mereka dan duduklah mengintiplah mereka pada tiap-tiap jalan yang dilaluinya…” QS 9/5

Sentimen yang sama terdapat dari surah 9 ayat 29, di mana orang Islam diarahkan oleh Allah dan Muhammad untuk membunuh dan menyerang ahli-ahli Kitab yaitu, umat Kristian dan Yahudi juga! Itu bukanlah hanya dua ayat yang terpencil sahaja, tetapi terdapat banyak lagi ayat-ayat sama yang lain yang dianjurkan oleh al-Quran. Segala saranan dan anjuran untuk melakukan pembunuhan, serang hendap, menawan, mengepung dan lain-lainnya adalah cocok sekali dan sejajar dengan ayat-ayat ‘terror‘ (keganasan dan ketakutan) lain yang terdapat dengan banyaknya di dalam al-Quran seperti :

“Akan Kami tumpahkan ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir…” Q.Surah 3/151

Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka, sekadar tenagamu, kekuatan dan kuda yang terpaut, dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuhmu..” Q.Surah 8/60

“Allah mengusir orang yang menolong sekutu di antara Ahli Kitab dari benteng mereka, dan memasukkan ketakutan ke dalam hati mereka, satu golongan kamu bunuh dan satu golongan lagi kamu tawan.” Q.Surah 33/26

Allah mendatangkan seksaan kepada mereka dari pihak yang tidak mereka kira-kira (menyangka), dan menjatuhkan ketakutan ke dalam hati mereka, sehingga mereka merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri…Maka ambillah ibrah (PENGAJARAN), hai orang-orang yang mempunyai penglihatan.” Q.Surah 59/2

Tidaklah hairan sekali, lewat beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah dapat melihat dan juga mengalami sifat-sifat dan gejala kekerasan dan keganasan agama Islam ini menular diserata Dunia. Bermula dari perkembangan dan hegemonisme Islam sejak zaman awalan Islam di bawah khalifah-khalifah Islam dan kuncu-kuncu mereka seperti Khalid al-Walid di Afrika dan timur-tengah, sehingga hari ini; pengikut-pengikut Islam telah mematuhi seruan kekerasan dan kekejaman al-Quran di Ambon, di Jakarta, di Bali, Thailand, Sudan, New York, Madrid dan juga di kota London tidak lama dahulu. Cubaan untuk mempertakuti, tumpahkan ketakutan, memasukkan ketakutan, menjatuhkan ketakutan dalam kehidupan ‘musuh-musuh Islam’ adalah anjuran dan saranan jelas al-Quran kepada umat Islam sejak dahulu lagi terhadap mereka yang bukan-Islam.

Apakah ini merupakan ‘agama kedamaian & kesejahteraan’? Jauh sekali! Sebaliknya, apabila kita meneliti ajaran Sayidina Isa al-Masih dengan rapi, kita dapati bahawa baginda tidak pernah mengajar para hawariyun atau pun pengikut-pengikutnya yang lain untuk melakukan kekerasan atau kezaliman seperti mana dianjurkan oleh nabi Muhammad dan al-Quran di atas!

Baru-baru ini, pada bulan Julai, 2005, seorang pemimpin Islam dari Kesatuan Muslim Great Britain, telah mengakui wujudnya masalah dalam Islam yang mengacau Dunia. Dr.Azzam Tamimi, seorang Islam yang berani berjatidiri dan telah mengakui secara jujur bahawa:

“Our (Islamic) policies have brought havoc in the World (today).”

Terjemahannya :

“Dasar-dasar (Islam) kami telah menyebabkan huru-hara (kekacauan) di Dunia (hari ini).”

Bersyukurlah kepada Tuhan kerana akhirnya, ada pemimpin-pemimpin Islam yang jujur dan ikhlas yang berani mengakui situasi yang sebenar di dalam Islam hari ini. Bahawa masalahnya bukanlah bergantung kepada orang-orang luar atau agama lain, tetapi disebabkan oleh Islam sendiri serta dasar-dasar dan polisinya yang tidak sesuai dan bercanggah dengan realiti hidup manusia hari ini. Kami ingin melihat lebih ramai lagi umat Islam akan berjati-diri dan lebih jujur seperti Dr.Tamimi, seterusnya mereka akan insaf dan meninggalkan dasar-dasar Islam yang jelasnya tidak sesuai sama sekali dengan kehidupan dan tamaddun sekarang.

Di dalam Hadith pula, kita bertemu dengan ayat-ayat seperti :

“..Rasulullah (nabi Muhammad) telah menyatakan : ‘Jika seorang Muslim meninggalkan agamanya (Islam), bunuhlah dia. Hadis sahih al-Bukhari 4/260

Bagi kami bekas orang Islam, ini membuktikan sekali lagi nabi Muhammad itu tidak benar-benar merestui kebebasan beragama yang sejati. Kalaulah Islam itu suatu agama yang mengamalkan kebebasan beragama yang sebenar, ia akan membenarkan penganut-penganutnya untuk masuk DAN KELUAR daripada agama itu tanpa apa-apa hukuman. Itulah kebebasan beragama yang sejati dan tulin! Bagi kami orang Melayu (dulunya Muslim) pula, kami telah rasai terperangkap di dalam suatu agama yang kami tidak pilih, tetapi telah dilahirkan ke dalamnya, tanpa kerelaan diri kami sendiri. Dan ini merupakan suatu jerat bagi kami, kerana Islam ialah satu one-way street (jalan sehala) yang tidak adil dan tidak berperikemanusiaan, terutamanya bagi kami yang ingin memilih agama kami sendiri secara bebas menurut suara hati (conscience) kami sendiri!

Dan kami kira agama ini tidaklah agama yang benar-benar merestui atau menghormati hak asasi manusia yang sejati. Pada abad dan milenium yang baru ini, masih ada ajaran yang bersifat fikiran sempit dan tersepit seperti itu! Kalaulah Islam itu memiliki kebenaran, umat Islam tidak perlu takut dan menggunakan paksaan sebagai cara untuk membendung gejala ‘murtad’ di kalangannya, seperti disarankan oleh Hadis Bukhari 4/260 di atas!

Bacalah ayat al-Quran surah 4 ayat 34(b). Jikalau Islam adalah benar-benar agama yang menghormati atau memelihara kesaksamaan di antara lelaki dan wanita, dan merupakan satu agama yang universal sejagat bagi semua insan dan untuk semua zaman, ayat tersebut telah menafikannya secara terus-terang. Marilah kita teliti ayat itu :

“Perempuan-perempuan yang khuatir kamu (si-suami) akan kedurhakaannya, hendaklah kamu..PUKULLAH mereka (sehingga) mereka ta’at kepada kamu.” Q.Surah an-nisak 4/34b

Apakah gerangan agama itu yang mengarahkan dan menganjurkan supaya si-suami itu memukul isterinya (wanita) sehingga si-isteri itu “menjadi ta’at” konon, dan mematuhi kehendak dan keinginan suami itu!? Anjuran al-Quran seperti ini adalah contoh ketidak-adilan dan pencerobohan hak asasi manusia kaum wanita yang cukup jelas.

Bagi kami, agama seperti itu tidaklah menjaga atau memelihara hak dan kepentingan kaum wanita dengan sebenarnya atau secara sungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi, ia menonjolkan hak si-suami (lelaki) di atas hak-hak wanita (isteri) dan memihak secara tidak adil kepada kaum lelaki dengan menyuruhkan mereka menggunakan kekerasan dan kekejaman (use of brute force) dan memukul isteri-isteri mereka untuk “mendisiplin kaum wanita” (si-isteri) mereka konon. Jikalau adanya kesaksamaan hak di antara lelaki dan perempuan dalam Islam (seperti yang di klaim oleh orang Muslim), kenapakah si-isteri pula tidak dibenarkan memukul suaminya yang bersifat curang?? Inilah satu lagi dalil ketidak-adilan Islam yang ketara! Jadi, bagi kami, agama Islam tidak dapat dikira sebagai satu ‘rahmat untuk dunia’. Apakah ajaran seperti ini benar-benar sesuai dalam zaman ini dan secocok dengan Dunia abad ke-21 sekarang?

Tetapi, saudara-saudariku yang budiman, lihat dan telitilah saranan ajaran Kitab Suci Injil bagaimana si-suami harus menjaga dan memelihara kasih-sayang isterinya dengan betul:

“Hai para Suami, kasihilah isterimu, sama seperti Al-Masih Isa telah mengasihi Jemaah (Gereja) dan mengorbankan diri-Nya untuk Jemaah itu. Hal itu dilakukan-Nya supaya Dia dapat menguduskan Jemaah-Nya setelah Dia membersihkannya dengan air pembaptisan dan Firman.” Efesus 5: 25-26

Kami disaran untuk sayangi dan memelihara isteri kami seperti mana Sayidina Isa sendiri menyayangi dan mengasihi manusia sewaktu Baginda berada di Bumi ini. Atas sebab-sebab seperti inilah, kami telah menolak agama Islam dan telah memeluk risalah dan an-Najah yang telah dibawa oleh Sayidina Isa al-Masih yang tidak terbanding untuk selama-lamanya itu.Kami undang kalian semua untuk berfikir dengan minda terbuka dan bertelaah secara ikhlas ajaran serta risalat Kitab Injil yang sejati itu, demi keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudari semua di Dunia dan juga di Akhirat nanti. Moga-moga Tuhan Allah akan memberkati diri anda!

Amin, Amin Alhamdulillah Ya Rabbil al-Amin!

Iklan

Satu pemikiran pada “KESAKSIAN GHAZALI

  1. saya muslim awal nya tersentuh juga baca kisahnya, tapi begitu baca beberapa paragrap terakhir terutama ketika membaca ulasan tentang ayat Al-Qur’an jadi maklum adamya, itulah pilihan hidup dengan segala resikonya, tak mungkin dan tak perlu bahas kenapa anda tukar agamamu, tak benci atau marah. hanya buat kami kebenaran sebuah agama tidak ditentukan oleh penganutnya, tapi oleh agama itu sendiri, bagaimana tentang konsep tuhan yang wajib disembahnya menurut kitab suci dan bagaimana sumber hukum atau kitab suci yang mengatur tentang seluruh konsep ritual maupun kepercayaan itu diturunkan atau keberadanya sampai kepada kita untuk bisa dibaca, dalam bahasa apa, kalau ada terjemahaannya berarti harus ada yang asli dimana sekarang? adakah sebuah terjemahan dari suatu kitab/buku dari bahasa satu kebahasa lain secara sempurna, bandingkan bible terbitan terdahulu dengan terbitan sekarang. kalau ada perbedaan siapa yang berhak merevisinya
    pembahasan ayat di atas tidak sesederhana tidak seperti tafsir yang sudah anda sampaikan. semua bisa dipelajari asal mau..
    Tuhan memberikan kebebasan untuk memilih jalan hidupnya masing-masing, Dengan rambu-rambu yang sudah sangat jelas, mana yang lurus, mana yang hak dan mana yang bathil, semua pilihan kita akan dipertanggung jawabkan kelak ….

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s